850
Malayan Law Journal
[2011] 7 MLJ
tangkapan polis. Di antara item-item yang dirampas daripada tertuduh apabila
dia ditangkap adalah segugus kunci dan telefon bimbit Nokia model 3310.
Gugusan kunci itu kemudian dikenalpasti oleh rakan si mati sebagai gugusan
kunci yang sama telah diberikannya kepada si mati pada pagi 9 Mac 2006.
Meskipun rakan si mati memberi keterangan bahawa si mati memiliki telefon
bimbit Nokia, dia tidak ingat jenis modelnya. Ahli kimia kerajaan yang
menjalankan analisis profil DNA ke atas semua spesimen DNA itu, yang
dikumpul oleh ahli patologi daripada beberapa bahagian badan si mati,
mengesahkan bahawa spesimen-spesimen DNA itu mengandungi campuran
profil DNA daripada kedua-dua tertuduh dan si mati. Ahli kimia juga
memberi keterangan bahawa dia mendapati padanan profil-profil DNA
daripada profil campuran itu pada, antara lain, tali rafia, seterika elektrik dan
sarung pisau. Analisis ahli kimia ke atas spesimen yang didapati oleh ahli
patologi dari luaran vulva (‘bahagian kemaluan’) si mati sepadan dengan
spesimen darah yang diperoleh daripada tertuduh. Tertuduh, yang memilih
untuk membaca kenyataan tanpa sumpah dari kandang orang salah,
mengatakan bahawa pada hari kejadian rakannya Roslan dan dia telah
mendekati si mati, yang dikenali mereka sehari sebelum itu, untuk meminjam
RM20 daripadanya. Menurut tertuduh apabila si mati enggan menurut
permintaan mereka dan meninggikan suara, tertuduh menutup mulutnya dan
menolaknya ke dalam rumah. Pada masa itu versinya bahawa si mati telah
menggigit jarinya dan bahawa dia telah bertindak balas menolaknya lebih kuat
sehingga dia mendapat serangan asma dan tidak sedar apa yang berlaku.
Kemudian apabila dia sedar, dia mendakwa dia melihat si mati berdarah di
kepala terbaring tanpa bergerak di atas tilam dan Roslan berdiri di sebelahnya.
Tertuduh menafikan telah merogol si mati dan tidak terlibat langsung dengan
pembunuhannya.
Diputuskan, mensabitkan tertuduh dengan kesalahan merogol dan
menjatuhkan hukuman 18 tahun penjara dan lima sebatan rotan dan
mensabitkan tertuduh kerana kesalahan membunuh dan menjatuhkan
hukuman gantung sehingga mati:
(1) Kenyataan tidak bersumpah yang dibuat oleh tertuduh yang
dibandingkan dengan keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi
pendakwa, terutamanya keterangan ahli patologi yang menjalankan
bedah siasat dan ahli kimia yang menjalankan profil DNA, tidak
membentuk keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan. Ahli patologi
telah memberi keterangan bahawa kecederaan kepala yang dialami oleh si
mati adalah konsisten dengan kecederaan yang disebabkan oleh seterika
elektrik. Seterika elektrik yang dijumpai dari tempat kejadian jenayah
mempunyai kesan darah campuran padanya, yang mana berdasarkan
analisis ahli kimia, didapati milik kedua-dua si mati dan tertuduh.
Satu-satunya inferens munasabah yang boleh dibuat oleh mahkamah
berdasarkan keadaan sedemikian adalah bahawa tertuduh telah
A
B
C
D
E
F
G
H
I
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents