[2011] 7 MLJ
A
B
C
D
E
F
G
H
I
Public Prosecutor v Muhammad Rasid bin Hashim
(Abang Iskandar J)
851
menggunakan seterika elektrik itu sehingga menyebabkan kecederaan
kepala, yang mungkin mengakibatkan kematiannya. Keterangan
berasingan daripada ahli kimia itu memaparkan kepalsuan versi kejadian
tertuduh apabila dia menyatakan yang dia tiada kaitan dengan
kecederaan kepala yang dialami oleh si mati. Selanjutnya, keterangan ahli
kimia jelas membebaskan Roslan. Menurut ahli kimia tiada kesan profil
DNA Roslan daripada kesan manusia yang diperoleh daripada si mati
atau daripada spesimen-spesimen yang diperoleh daripada pelbagai item
ditemui oleh pasukan forensik polis dari tempat kejadian jenayah. Dalam
keadaan berikut versi tertuduh iaitu apabila dia sedar, dia melihat Roslan
berdiri sebelah si mati yang terlantar di atas tilam tidak langsung
mungkin dapat dikekalkan dan merupakan suatu yang telah difikirkan
kemudian direka oleh tertuduh dan tidak menimbulkan apa-apa
keraguan munasabah atas kes pendakwaan (lihat perenggan 44, 45, 47 &
56).
(2) Hujah tertuduh bahawa kegagalan pendakwaan untuk mengemukakan
apa-apa kesan cap jari tertuduh dari tempat kejadian jenayah akan
memudaratkan kes mereka tidak dapat dikekalkan. Dengan adanya
teknik profil DNA, kesan cap jari sebagai cara mengesan penjenayah
tidak lagi digunakan. Dalam kes ini, kewujudan keterangan yang banyak
dalam bentuk positif padanan profil DNA campuran antara tertuduh
dan si mati, sepertimana keterangan ahli kimia yang tidak disangkal,
telah menyebabkan ketidakhadiran kesan cap jari fizikal tertuduh tidak
penting. Keterangan ahli kimia bersama keterangan saksi-saksi
pendakwaan yang lain seperti pengawal keselamatan yang tidak bertugas
bahawa lebih kurang pukul 2.30 petang pada hari yang dipersoalkan
telah melihat tertuduh, yang dikenali melalui rupa, berdiri di tangga
dekat tingkat dua blok itu di mana si mati menginap bersama
rakan-rakan, dan keterangan pegawai tangkapan berhubung perbuatan
tertuduh pada masa tangkapan, membuktikan kewujudan tertuduh di
tempat kejadian jenayah dan identitinya telah dibuktikan melampaui
keraguan munasabah. Tambahan pula gugusan kunci yang dirampas
daripada tertuduh semasa dia ditangkap, yang kemudian dikenalpasti
oleh rakan si mati sebagai gugusan kunci sama yang telah diberikannya
kepada si mati pada pagi 9 Mac 2006, membawa kepada inferens
mahkamah bahawa tertuduh telah mengambil milikan kunci tersebut
daripada milikan si mati dan bahawa dialah yang telah mengunci pintu
apartmen sebelum rakan si mati pulang ke rumah malam tersebut (lihat
perenggan 17 & 48).
(3) Dalam kes ini inferens boleh dibuat daripada niat membunuh itu
berdasarkan keterangan fizikal dalam bentuk seterika elektrik yang
mempunyai kesan berdarah, tali rafia yang mempunyai kesan berdarah
dan sarung pisau yang mempunyai kesan berdarah, yang telah ditemui
daripada tempat kejadian jenayah itu. Kesemua item-item yang
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents