852 Malayan Law Journal [2011] 7 MLJ mempunyai kesan berdarah itu menunjukkan keganasan yang berlaku di tempat kejadian jenayah itu. Bahkan, ahli patologi memberi keterangan bahawa salah satu atau kedua-dua pukulan ke dahi yang disebabkan oleh seterika elektrik, yang mana biasanya akan mengakibatkan kematian si mati, atau dicekik, yang telah menyebabkan tulang hyoid patah, mungkin telah mengakibatkan kematian si mati. Oleh itu, adalah didapati bahawa tertuduh dengan sengaja dan telah menyalahi undang-undang menyebabkan kematian si mati dengan mencederakannya di bahagain kritikalnya yang mana dia tahu dalam keadaan biasa mungkin sekali akan menyebabkan kematiannya, dan bahawa ini adalah satu pembunuhan di bawah s 300 Kanun Keseksaan (lihat perenggan 32 & 49). (4) Berhubung kesalahan merogol, terdapat keterangan mencukupi yang telah dikemukakan untuk membuktikan pertuduhan tersebut. Berdasarkan keterangan ahli patologi secara munasabah boleh diputuskan bahawa terdapat hubungan seksual, memandangkan terdapat sperma di bahagian sulit si mati yang telah dianalisis ahli kimia dan disahkan milik tertuduh. Meskipun tiada kecederaan didapati oleh ahli patologi di bahagian sulit si mati, berdasarkan kewujudan dan keadaan item-item yang ditemui di tempat kejadian jenayah, satu-satunya inferens munasabah yang boleh dibuat adalah bahawa berlaku paksaan masuk ke bahagian sulit si mati oleh kemaluan tertuduh. Ahli kimia juga berpendapat bahawa tiada profil DNA lelaki lain telah diprofilkan daripada spesimen-spesimen DNA yang dikumpul oleh ahli patologi daripada bahagian sulit si mati, kecuali yang datang daripada tertuduh. Berdasarkan keterangan sedia ada juga didapati bahawa keadaan kes langsung tidak menunjukkan terdapat persetujuan melakukan hubungan seksual yang berlaku antara tertuduh dan si mati. Keadaan berselerak selepas kejadian itu dalam bilik tersebut jelas menunjukkan berlaku pergelutan dan membuktikan bahawa hubungan seksual itu tanpa persetujuan si mati. Tertuduh gagal membuktikan apa-apa keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan (lihat perenggan 50–51 & 55–56).] Notes For cases on s 302 of the Penal Code, see 4 Mallal’s Digest (4th Ed, 2005 Reissue) paras 1520–1579. For cases on s 375 of the Penal Code, see 4 Mallal’s Digest (4th Ed, 2005 Reissue) paras 1688–1689. Cases referred to AEG Carapiet v AY Derderian 1961 AIR Cal 359, SC (refd) Balachandran v PP [2005] 2 MLJ 301, FC (refd) Browne v Dunn (1893) 6 R 67 (refd) A B C D E F G H I

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents