430
Malayan Law Journal
[2010] 4 MLJ
meyakinkan bahawa hakim perbicaraan adalah salah. Dalam rayuan ini
pihak pembelaan telah cuba untuk menghalang pengakuan-pengakuan
tertentu yang dibuat oleh perayu kedua kepada kawan-kawannya
semasa perayu-perayu diambil di stesen petrol itu, dengan
mencadangkan bahawa kawan itu bukan saksi yang boleh dipercayai
kerana dia mungkin menaruh dendam terhadap perayu kedua. Jika ini
benar maka ia tidak sejajar dengan fakta bahawa kawan itu telah
bertindak balas memberikan bantuan kepada perayu kedua dengan
menjemputnya di stesen petrol itu (lihat perenggan 17–21, 28, 30).
(2) Perayu kedua telah cuba untuk membentuk keraguan dalam kes
pendakwaan dengan mengatakan bahawa kemeja-T yang dipakai
olehnya pada hari kejadian tiada kesan darah padanya dan bahawa polis
tidak mengemukakan kemeja-T yang betul. Walau bagaimanapun,
hakim perbicaraan telah menerima penjelasan pegawai polis yang
merampas kemeja-T itu dan membuat kesimpulan bahawa tiada
kekeliruan tentang kemeja-T itu. Juga tiada apa-apa kecacatan material
dalam penemuan hakim perbicaraan tentang parang itu yang dikenal
pasti sebagai senjata pembunuhan (lihat perenggan 31–34).
(3) Tiada asas munasabah dikesan untuk barisan pengecaman ditolak
memandangkan sepertimana hakim Mahkamah Tinggi telah
didedahkan, inferens bahawa perayu-perayu adalah pelaku-pelaku
tersebut bukanlah berasaskan barisan pengecaman itu semata-mata
(lihat perenggan 35–36).
(4) Tiada merit dalam hujah bahawa inferens bertentangan boleh dibuat
atas kegagalan pendakwaan untuk memanggil saksi-saksi tertentu
memandangkan kelebihan audio visual hakim Mahkamah Tinggi
memberikan beliau asas untuk membuktikan kes prima facie. Justeru
itu tiada ‘lompang’ untuk diisi kerana ianya tidak material (lihat
perenggan 40).
(5) Meskipun perayu-perayu mengatakan bahawa Ivan merupakan orang
penting dalam pelaksanaan pembunuhan tersebut, tidak ada apa-apa
yang ditimbulkan tentang Ivan di peringkat pemeriksaan balas terhadap
saksi-saksi pendakwaan. Setelah menilai keterangan atas rekod secara
keseluruhannya adalah jelas bahawa kelemahan-kelemahan yang
dikatakan dalam kes pendakwaan tidak dapat dipertahankan (lihat
perenggan 48, 52–53, 58).
(6) Hakim perbicaraan tidak mempertimbangkan dengan wajar isu niat
bersama di bawah s 34 Kanun Keseksaan. Tekaan hakim perbicaraan
membawa kepada percanggahan yang mengakibatkan salah arah
tentang persoalan niat bersama. Meskipun hakim Mahkamah Tinggi
memutuskan bahawa keterangan yang dikemukakan oleh pihak
pendakwaan membawa kepada inferens bahawa perayu-perayu berada
A
B
C
D
E
F
G
H
I
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents