626 Malayan Law Journal [2016] 2 MLJ perayu dan P4; dan (c) tidak terdapat mens rea pemilikan, secara alternatif, ia adalah kes pemilikan pasif. A Diputuskan, membenarkan rayuan: (1) Prasyarat-prasyarat dalam s 402B(2) KTJ mesti dipatuhi sebelum pernyataan saksi SP3 boleh dimasukkan sebagai keterangan. Selanjutnya, ahli kimia (‘SP3’) tidak membaca pernyataan bertulisnya di dalam mahkamah terbuka dengan mengangkat sumpah, pernyataan bertulisnya tidak ditanda sebagai ekshibit oleh mahkamah dan pernyataan saksi tidak dikenal pasti oleh SP3 dalam mahkamah terbuka semasa perbicaraan. Mengambil kira kelemahan di dalam keterangan ahli kimia, tuduhan pengedaran tidak dibuktikan dengan jelas. Mahkamah juga mendapati bahawa pernyataan saksi oleh keempat-empat saksi yang lain SP1, SP2, SP4 dan SP5 sama tidak mematuhi peruntukan undang-undang yang sama, ia juga tidak boleh diterima (lihat perenggan 18, 20 & 23). (2) Berkaitan pembelaan perayu yang dia menelan batu permata yang terdapat dalam 29 kapsul, mahkamah mendapati bahawa hakim perbicaraan telah tersilap memasuki ke dalam arena pertikaian dengan itu membenarkan penghakiman faktanya dibendungi dengan hasil pemeriksaan balasnya. Mahkamah selanjutnya bersetuju bahawa hakim perbicaraan telah melebihi had campur tangan kehakiman dalam pemeriksaan dan pemeriksaan balas perayu dan SP4 meskipun skop luas s 165 Akta Keterangan 1950 (lihat perenggan 29). (3) Berdasarkan keterangan yang dikemukakan terdapat kesangsian sama ada perayu sedar mengenai pemilikannya. Mahkamah bersetuju dengan hujahan perayu bahawa hakim perbicaraan yang bijaksana tersilap apabila Yang Arif tidak melihat keterangan daripada sudut ini. Adalah meragukan bahawa perayu mempunyai pengetahuan sedar yang dia dalam mens rea milikan terhadap dadah yang dipersoalkan apabila dia dimasukkan ke hospital (lihat perenggan 32–33). ] Notes For a case on judicial intervention, see 5(3) Mallal’s Digest (5th Ed, 2015) para 5818. For cases on admissibility, see 5(3) Mallal’s Digest (5th Ed, 2015) paras 5234–5258. For cases on appeal against conviction and sentence, see 5(1) Mallal’s Digest (5th Ed, 2015) paras 301–419. B C D E F G H I

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents