[2010] 4 MLJ
A
B
C
D
E
F
G
H
I
Low Kian Boon & Anor v Public Prosecutor
(Heliliah FCJ)
429
dengan membunuh si mati telah dirancang oleh ‘Ivan’ yang merupakan
seorang gengster dan orang utama dalam pembunuhan itu. Keterangan
perayu kedua digambarkan sebagai ‘carbon copy’ perayu pertama berkaitan
Ivan. Hakim perbicaraan memutuskan bahawa perayu-perayu tiada niat
untuk membunuh si mati dan oleh itu mereka tidak boleh dipersalahkan
kerana membunuh di bawah s 302 Kanun. Sebaliknya beliau mendapati
mereka bersalah hanya atas kesalahan yang lebih ringan iaitu homisid salah
yang tidak menjumlahkan kepada pembunuhan di bawah cabang kedua
s 304 Kanun dan menghukum mereka dengan penjara bagi tempoh sepuluh
tahun bermula dari tarikh tangkapan mereka. Sementara perayu-perayu
merayu terhadap tempoh hukuman penjara itu, pihak pendakwaan merayu
terhadap sabitan dan hukuman kerana pertuduhan yang pada asalnya dibuat
terhadap kedua-dua perayu telah dibuat menurut s 302 Kanun. Mahkamah
Rayuan mendapati bahawa dengan mengambilkira elemen perancangan
terlebih dahulu, sifat senjata yang digunakan, sifat kecederaan yang
diakibatkan ke atas si mati, termasuklah serangan ganas, dan semua keadaan
sekeliling lain maka kesimpulan yang tidak dapat dibendung adalah bahawa
kedua-dua perayu berniat untuk membunuh si mati. Mahkamah Rayuan
oleh itu mengakas keputusan Mahkamah Tinggi dan mengenakan semula
sabitan menurut s 302 Kanun, yang merupakan pertuduhan asal, dan justeru
itu rayuan ini. Perayu-perayu berhujah bahawa terdapat ‘lompang’ dalam
pendakwaan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan bahawa pihak
pendakwaan sememangnya telah gagal untuk membuktikan actus reus
berkaitan perayu-perayu. Perayu-perayu selanjutnya berhujah bahawa
terdapat pertikaian dalam keterangan saksi-saksi pendakwaan. Isu-isu yang
perlu ditangani dalam rayuan ini adalah sama ada hakim Mahkamah Tinggi
telah khilaf dalam penilaian beliau tentang keterangan mengikut keadaan
berbanding dengan pembelaan yang ditimbulkan oleh perayu-perayu; sama
ada terdapat kecacatan material dalam kes bagi pihak pendakwaan yang
timbul daripada keterangan yang dipersoalkan, seperti pakaian kemeja-T
yang dirampas dari rumah pangsa perayu pertama dan parang dari rumah si
mati; dan daripada kelemahan dalam pelaksanaan barisan pengecaman dan
dalam kegagalan yang dikatakan untuk memanggil saksi-saksi; dan sama ada
hakim Mahkamah Tinggi telah dengan wajar mengutarakan isu niat bersama.
Diputuskan, menolak rayuan:
(1) Apabila kebolehpercayaan saksi-saksi dinilai, fungsi mahkamah rayuan
terbatas dari segi sifat dan skop. Keputusan Mahkamah Tinggi
sebagaimana disahkan oleh Mahkamah Rayuan pada mulanya dapat
dicapai atas penerimaan keterangan beberapa saksi-saksi pendakwaan.
Dalam rayuan ini, di mana sabitan telah dikekalkan berdasarkan
keterangan mengikut keadaan, hakim perbicaraan telah memberikan
pendapat beliau tentang saksi-saksi yang beliau telah lihat dan jika
mahkamah rayuan berhasrat untuk mengakasnya, ia hendaklah
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents