626
Malayan Law Journal
[2016] 2 MLJ
perayu dan P4; dan (c) tidak terdapat mens rea pemilikan, secara alternatif, ia
adalah kes pemilikan pasif.
A
Diputuskan, membenarkan rayuan:
(1) Prasyarat-prasyarat dalam s 402B(2) KTJ mesti dipatuhi sebelum
pernyataan saksi SP3 boleh dimasukkan sebagai keterangan. Selanjutnya,
ahli kimia (‘SP3’) tidak membaca pernyataan bertulisnya di dalam
mahkamah terbuka dengan mengangkat sumpah, pernyataan
bertulisnya tidak ditanda sebagai ekshibit oleh mahkamah dan
pernyataan saksi tidak dikenal pasti oleh SP3 dalam mahkamah terbuka
semasa perbicaraan. Mengambil kira kelemahan di dalam keterangan ahli
kimia, tuduhan pengedaran tidak dibuktikan dengan jelas. Mahkamah
juga mendapati bahawa pernyataan saksi oleh keempat-empat saksi yang
lain SP1, SP2, SP4 dan SP5 sama tidak mematuhi peruntukan
undang-undang yang sama, ia juga tidak boleh diterima (lihat perenggan
18, 20 & 23).
(2) Berkaitan pembelaan perayu yang dia menelan batu permata yang
terdapat dalam 29 kapsul, mahkamah mendapati bahawa hakim
perbicaraan telah tersilap memasuki ke dalam arena pertikaian dengan
itu membenarkan penghakiman faktanya dibendungi dengan hasil
pemeriksaan balasnya. Mahkamah selanjutnya bersetuju bahawa hakim
perbicaraan telah melebihi had campur tangan kehakiman dalam
pemeriksaan dan pemeriksaan balas perayu dan SP4 meskipun skop luas
s 165 Akta Keterangan 1950 (lihat perenggan 29).
(3) Berdasarkan keterangan yang dikemukakan terdapat kesangsian sama
ada perayu sedar mengenai pemilikannya. Mahkamah bersetuju dengan
hujahan perayu bahawa hakim perbicaraan yang bijaksana tersilap
apabila Yang Arif tidak melihat keterangan daripada sudut ini. Adalah
meragukan bahawa perayu mempunyai pengetahuan sedar yang dia
dalam mens rea milikan terhadap dadah yang dipersoalkan apabila dia
dimasukkan ke hospital (lihat perenggan 32–33). ]
Notes
For a case on judicial intervention, see 5(3) Mallal’s Digest (5th Ed, 2015) para
5818.
For cases on admissibility, see 5(3) Mallal’s Digest (5th Ed, 2015) paras
5234–5258.
For cases on appeal against conviction and sentence, see 5(1) Mallal’s Digest
(5th Ed, 2015) paras 301–419.
B
C
D
E
F
G
H
I
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents