[2011] 7 MLJ A B C D E F G H I Public Prosecutor v Muhammad Rasid bin Hashim (Abang Iskandar J) 851 menggunakan seterika elektrik itu sehingga menyebabkan kecederaan kepala, yang mungkin mengakibatkan kematiannya. Keterangan berasingan daripada ahli kimia itu memaparkan kepalsuan versi kejadian tertuduh apabila dia menyatakan yang dia tiada kaitan dengan kecederaan kepala yang dialami oleh si mati. Selanjutnya, keterangan ahli kimia jelas membebaskan Roslan. Menurut ahli kimia tiada kesan profil DNA Roslan daripada kesan manusia yang diperoleh daripada si mati atau daripada spesimen-spesimen yang diperoleh daripada pelbagai item ditemui oleh pasukan forensik polis dari tempat kejadian jenayah. Dalam keadaan berikut versi tertuduh iaitu apabila dia sedar, dia melihat Roslan berdiri sebelah si mati yang terlantar di atas tilam tidak langsung mungkin dapat dikekalkan dan merupakan suatu yang telah difikirkan kemudian direka oleh tertuduh dan tidak menimbulkan apa-apa keraguan munasabah atas kes pendakwaan (lihat perenggan 44, 45, 47 & 56). (2) Hujah tertuduh bahawa kegagalan pendakwaan untuk mengemukakan apa-apa kesan cap jari tertuduh dari tempat kejadian jenayah akan memudaratkan kes mereka tidak dapat dikekalkan. Dengan adanya teknik profil DNA, kesan cap jari sebagai cara mengesan penjenayah tidak lagi digunakan. Dalam kes ini, kewujudan keterangan yang banyak dalam bentuk positif padanan profil DNA campuran antara tertuduh dan si mati, sepertimana keterangan ahli kimia yang tidak disangkal, telah menyebabkan ketidakhadiran kesan cap jari fizikal tertuduh tidak penting. Keterangan ahli kimia bersama keterangan saksi-saksi pendakwaan yang lain seperti pengawal keselamatan yang tidak bertugas bahawa lebih kurang pukul 2.30 petang pada hari yang dipersoalkan telah melihat tertuduh, yang dikenali melalui rupa, berdiri di tangga dekat tingkat dua blok itu di mana si mati menginap bersama rakan-rakan, dan keterangan pegawai tangkapan berhubung perbuatan tertuduh pada masa tangkapan, membuktikan kewujudan tertuduh di tempat kejadian jenayah dan identitinya telah dibuktikan melampaui keraguan munasabah. Tambahan pula gugusan kunci yang dirampas daripada tertuduh semasa dia ditangkap, yang kemudian dikenalpasti oleh rakan si mati sebagai gugusan kunci sama yang telah diberikannya kepada si mati pada pagi 9 Mac 2006, membawa kepada inferens mahkamah bahawa tertuduh telah mengambil milikan kunci tersebut daripada milikan si mati dan bahawa dialah yang telah mengunci pintu apartmen sebelum rakan si mati pulang ke rumah malam tersebut (lihat perenggan 17 & 48). (3) Dalam kes ini inferens boleh dibuat daripada niat membunuh itu berdasarkan keterangan fizikal dalam bentuk seterika elektrik yang mempunyai kesan berdarah, tali rafia yang mempunyai kesan berdarah dan sarung pisau yang mempunyai kesan berdarah, yang telah ditemui daripada tempat kejadian jenayah itu. Kesemua item-item yang

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents