[2011] 7 MLJ
A
B
C
D
E
F
G
H
I
Public Prosecutor v Muhammad Rasid bin Hashim
(Abang Iskandar J)
849
consent of the deceased. The accused had failed to create any reasonable
doubt on the prosecution’s case (see paras 50–51 & 55–56).
[Bahasa Malaysia summary
Muhammad Rasid bin Hashim (‘tertuduh’) telah dituduh melakukan
kesalahan merogol dan membunuh Siti Zawiah bt Sudin (‘si mati’) pada 9 Mac
2006. Si mati, yang tinggal selama lebih kurang seminggu dengan dua
rakannya, berada di rumah seorang diri pada 9 Mac 2006 selepas dua orang
rakannya telah pergi ke tempat kerja masing-masing di sebelah pagi. Salah
seorang daripada rakannya (‘rakan si mati’) telah meninggalkan segugus kunci
apartmen kepada si mati, dengan persetujuan yang si mati akan memulangkan
gugusan kunci itu apabila mereka berjumpa petang itu di stesen bas Rawang, di
mana si mati akan mengambil bas untuk pulang ke Kota Bharu. Walau
bagaimanapun, si mati tidak muncul di stesen itu seperti dirancang dan
rakannya yang kemudian balik ke rumah tidak dapat masuk ke apartmennya
kerana dia tidak mempunyai set kuncinya. Rakan si mati hanya dapat
memasuki apartmen itu hampir tengah malam apabila rakan serumah pulang
dari kerja. Apabila kedua-dua rakan itu akhirnya masuk apartmen mereka dan
berjaya membuka bilik berkunci itu mereka melihat si mati, memakai baju-T
merah yang diangkat hingga ke dadanya dan kain sarung hingga pinggangnya,
mengerang kesakitan di atas lantai bilik itu. Meskipun si mati dikejarkan ke
hospital, dia meninggal dunia sejurus tiba di hospital. Satu autopsi telah
dijalankan ke atas badan si mati mendedahkan bahawa si mati mengalami
pelbagai kecederaan dan bahawa kedua-dua atau salah satu daripada dua
kecederaan tersebut mungkin telah mengakibatkan kematiannya. Ahli
patologi yang menjalankan post mortem itu berpendapat bahawa sama ada
kecederaan kepala atau perbuatan mencekik itu yang mungkin telah
mengakibatkan kematian si mati. Ahli patologi juga berpendapat bahawa
kecederaan-kecederaan itu bukan disengajakan dan kemungkinan besar
dialami apabila si mati bertindak pembela diri semasa melawan serangan ke
atasnya. Ahli patologi mengambil bahan uji dari beberapa bahagian badan si
mati (‘spesimen DNA’) untuk analisis DNA. Kes bagi pihak pendakwaan
ditafsirkan berdasarkan pelbagai keterangan keadaan yang dikumpul daripada
saksi-saksi relevan berkaitan kes ini. Meskipun tiada pisau ditemui daripada
tempat kejadian jenayah oleh pasukan forensik polis CSI, beberapa item
seperti sarung pisau berdarah, seterika elektrik yang patah pemegangnya
dengan tompok hitam pada tali putihnya, yang mana menurut rakan si mati
tiada di situ sebelum kejadian, dan tali rafia telah ditemui. Pengawal
keselamatan tidak bertugas yang tinggal di blok flat sama dengan rakan-rakan
si mati telah memberi keterangan bahawa lebih kurang 2.30 petang hari yang
dipersoalkan dia melihat tertuduh, yang dia kenal rupanya, berdiri di tangga
tingkat kedua blok itu dan bahawa dia juga melihat seorang wanita berbaju-T
merah dan kain sarung batik di depan pintu apartmen itu, di tingkat yang
sama. Pegawai polis yang menangkap tertuduh (‘pegawai tangkapan’) telah
memberi keterangan bahawa tertuduh telah cuba melarikan diri daripada
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents