852
Malayan Law Journal
[2011] 7 MLJ
mempunyai kesan berdarah itu menunjukkan keganasan yang berlaku di
tempat kejadian jenayah itu. Bahkan, ahli patologi memberi keterangan
bahawa salah satu atau kedua-dua pukulan ke dahi yang disebabkan oleh
seterika elektrik, yang mana biasanya akan mengakibatkan kematian si
mati, atau dicekik, yang telah menyebabkan tulang hyoid patah,
mungkin telah mengakibatkan kematian si mati. Oleh itu, adalah
didapati bahawa tertuduh dengan sengaja dan telah menyalahi
undang-undang menyebabkan kematian si mati dengan
mencederakannya di bahagain kritikalnya yang mana dia tahu dalam
keadaan biasa mungkin sekali akan menyebabkan kematiannya, dan
bahawa ini adalah satu pembunuhan di bawah s 300 Kanun Keseksaan
(lihat perenggan 32 & 49).
(4) Berhubung kesalahan merogol, terdapat keterangan mencukupi yang
telah dikemukakan untuk membuktikan pertuduhan tersebut.
Berdasarkan keterangan ahli patologi secara munasabah boleh
diputuskan bahawa terdapat hubungan seksual, memandangkan
terdapat sperma di bahagian sulit si mati yang telah dianalisis ahli kimia
dan disahkan milik tertuduh. Meskipun tiada kecederaan didapati oleh
ahli patologi di bahagian sulit si mati, berdasarkan kewujudan dan
keadaan item-item yang ditemui di tempat kejadian jenayah,
satu-satunya inferens munasabah yang boleh dibuat adalah bahawa
berlaku paksaan masuk ke bahagian sulit si mati oleh kemaluan tertuduh.
Ahli kimia juga berpendapat bahawa tiada profil DNA lelaki lain telah
diprofilkan daripada spesimen-spesimen DNA yang dikumpul oleh ahli
patologi daripada bahagian sulit si mati, kecuali yang datang daripada
tertuduh. Berdasarkan keterangan sedia ada juga didapati bahawa
keadaan kes langsung tidak menunjukkan terdapat persetujuan
melakukan hubungan seksual yang berlaku antara tertuduh dan si mati.
Keadaan berselerak selepas kejadian itu dalam bilik tersebut jelas
menunjukkan berlaku pergelutan dan membuktikan bahawa hubungan
seksual itu tanpa persetujuan si mati. Tertuduh gagal membuktikan
apa-apa keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan (lihat perenggan
50–51 & 55–56).]
Notes
For cases on s 302 of the Penal Code, see 4 Mallal’s Digest (4th Ed, 2005
Reissue) paras 1520–1579.
For cases on s 375 of the Penal Code, see 4 Mallal’s Digest (4th Ed, 2005
Reissue) paras 1688–1689.
Cases referred to
AEG Carapiet v AY Derderian 1961 AIR Cal 359, SC (refd)
Balachandran v PP [2005] 2 MLJ 301, FC (refd)
Browne v Dunn (1893) 6 R 67 (refd)
A
B
C
D
E
F
G
H
I
選擇目標文字3
連接到段落
連接到實體
取消高亮顯示
新增到目錄