104 Malayan Law Journal [2017] 6 MLJ salah di sisi undang-undang. Kegagalan hakim perbicaraan yang bijaksana untuk membuat dapatan atas sama ada atau tidak anggapan pengedaran telah dipatahkan oleh perayu atas imbangan kebarangkalian, dalam keadaan kes, mengakibatkan tiada ketidakadilan kepada perayu dan tidak merosakkan sabitan tersebut. Kes pengedaran dadah telah dibuat oleh pihak pendakwaan di bawah s 2 Akta berdasarkan atas keterangan bahawa perayu menjalankan, menyimpan dan mengangkut dadah tersebut daripada New Delhi ke Johor (lihat perenggan 29 & 31). (2) Ia menentang akal dan logik bahawa perayu tidak mengingati nama George apabila dia memberi pernyataan beramaran baru sahaja seminggu selepas berjumpa dengannya. Tetapi apabila perayu memberi keterangannya lebih setahun kemudiannya, dia teringat dan secara spesifik menyebut nama George. Ini adalah sesuatu yang difikirkan kemudian dan watak George adalah rekaan. Dalam keadaan, kegagalan untuk menyiasat George tidak dapat secara bertentangan menjejaskan kes pihak pendakwaan. Selanjutnya, versi perayu mengenai tujuan perjalanannya adalah sememangnya sukar diterima akal kerana perayu tidak menyebut di dalam keterangannya mengenai tempat-tempat yang dilawatinya di New Delhi dan mengenal pasti destinasi bulan madu. Mahkamah selanjutnya mendapati bahawa tidak terdapat kesilapan undang-undang atau fakta dalam penolakan hakim perbicaraan yang bijaksana terhadap pembelaan pembawa tidak bersalah (lihat perenggan 35–37). (3) Pertamanya, berdasarkan kes Reyes, Perlembagaan Belize mengandungi s 7 yang mana dibaca: ‘No person shall be subjected to torture or to inhuman or degrading punishment or other treatment’. Tidak terdapat peruntukan yang sama di dalam Perlembagaan Persekutuan. Keduanya, selepas pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan, melalui Akta A566, yang mana memansuhkan peruntukan-peruntukan berkenaan rayuan-rayuan daripada Mahkamah Persekutuan kepada Privy Council dengan berkuat kuasa dari 1 Januari 1985, apa-apa keputusan Privy Council tidak akan mengikat ke atas mahkamah tetapi hanya menjadi autoriti berpengaruh. Ketiganya, untuk mahkamah mengikut trend antarabangsa semasa dan memutuskan bahawa hukuman mati mandatori adalah menjatuhkan maruah dan tidak berperlembagaan akan mengakibatkan mahkamah menyimpang daripada keputusan dalam kes Ong Ah Chuan v Public Prosecutor [1981] 1 MLJ 64 dan Public Prosecutor v Lau Kee Hoo [1983] 1 MLJ 157. Keempat, ia adalah nyata bahawa fungsi mahkamah adalah untuk mengguna pakai undang-undang dan jika sesungguhnya undang-undang sekarang adalah tidak seimbang, kejam, tidak berperikemanusian atau menjatuhkan maruah inisiatif untuk bertukar patut datang daripada Perundangan. Oleh itu, hukuman mati mandatori diperuntukkan di bawah s 39B(2) Akta adalah berperlembagaan (lihat perenggan 41 & 44).] A B C D E F G H I

選擇目標文字3

連接到段落
連接到實體
取消高亮顯示
新增到目錄