430 Malayan Law Journal [2010] 4 MLJ meyakinkan bahawa hakim perbicaraan adalah salah. Dalam rayuan ini pihak pembelaan telah cuba untuk menghalang pengakuan-pengakuan tertentu yang dibuat oleh perayu kedua kepada kawan-kawannya semasa perayu-perayu diambil di stesen petrol itu, dengan mencadangkan bahawa kawan itu bukan saksi yang boleh dipercayai kerana dia mungkin menaruh dendam terhadap perayu kedua. Jika ini benar maka ia tidak sejajar dengan fakta bahawa kawan itu telah bertindak balas memberikan bantuan kepada perayu kedua dengan menjemputnya di stesen petrol itu (lihat perenggan 17–21, 28, 30). (2) Perayu kedua telah cuba untuk membentuk keraguan dalam kes pendakwaan dengan mengatakan bahawa kemeja-T yang dipakai olehnya pada hari kejadian tiada kesan darah padanya dan bahawa polis tidak mengemukakan kemeja-T yang betul. Walau bagaimanapun, hakim perbicaraan telah menerima penjelasan pegawai polis yang merampas kemeja-T itu dan membuat kesimpulan bahawa tiada kekeliruan tentang kemeja-T itu. Juga tiada apa-apa kecacatan material dalam penemuan hakim perbicaraan tentang parang itu yang dikenal pasti sebagai senjata pembunuhan (lihat perenggan 31–34). (3) Tiada asas munasabah dikesan untuk barisan pengecaman ditolak memandangkan sepertimana hakim Mahkamah Tinggi telah didedahkan, inferens bahawa perayu-perayu adalah pelaku-pelaku tersebut bukanlah berasaskan barisan pengecaman itu semata-mata (lihat perenggan 35–36). (4) Tiada merit dalam hujah bahawa inferens bertentangan boleh dibuat atas kegagalan pendakwaan untuk memanggil saksi-saksi tertentu memandangkan kelebihan audio visual hakim Mahkamah Tinggi memberikan beliau asas untuk membuktikan kes prima facie. Justeru itu tiada ‘lompang’ untuk diisi kerana ianya tidak material (lihat perenggan 40). (5) Meskipun perayu-perayu mengatakan bahawa Ivan merupakan orang penting dalam pelaksanaan pembunuhan tersebut, tidak ada apa-apa yang ditimbulkan tentang Ivan di peringkat pemeriksaan balas terhadap saksi-saksi pendakwaan. Setelah menilai keterangan atas rekod secara keseluruhannya adalah jelas bahawa kelemahan-kelemahan yang dikatakan dalam kes pendakwaan tidak dapat dipertahankan (lihat perenggan 48, 52–53, 58). (6) Hakim perbicaraan tidak mempertimbangkan dengan wajar isu niat bersama di bawah s 34 Kanun Keseksaan. Tekaan hakim perbicaraan membawa kepada percanggahan yang mengakibatkan salah arah tentang persoalan niat bersama. Meskipun hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan membawa kepada inferens bahawa perayu-perayu berada A B C D E F G H I

選擇目標文字3

連接到段落
連接到實體
取消高亮顯示
新增到目錄