[2016] 2 MLJ Abuchi Ngwoke v Public Prosecutor (Kamardin Hashim JCA) 625 A Lordship did not view the evidence from these angles. It was doubtful that the appellant had the conscious knowledge that he was in mens rea possession of the impugned drugs in question when he was admitted to the hospital (see paras 32–33). B [Bahasa Malaysia summary Perayu dituduh untuk kesalahan mengedar dadah berbahaya di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (‘ADB’) boleh dihukum di bawah s 39B(2) ADB. Kes pihak pendakwaan adalah bahawa pada 22 Mei 2012 lebih kurang pada pukul 1 tengahari, pemandu teksi (‘SP4’) membawa perayu daripada KLIA Sepang ke Melaka. Perayu hendak membayar tambang teksi dalam matawang Nigeria tetapi ditolak oleh SP4 dan pertengkaran berlaku di antara mereka di mana polis dipanggil oleh SP4. SP4 dan perayu dibawa ke balai polis dan di situ, mereka dapat menyelesaikan pertikaian tersebut. Pada 23 Mei 2012 lebih kurang pukul 12 pagi, semasa dalam rondaan halangan jenayahnya, SP6 bersama dengan dua pegawai polis yang lain pergi ke Batik Selat House, MITC dan menangkap perayu kerana memecah masuk ke dalam premis tersebut. Perayu menjadi lebih agresif apabila melihat polis dan dia minum sebotol pewarna. Perayu kemudianya dibawa ke Hospital Melaka (‘hospital’) di mana dia mengumuhkan 29 kapsul. Kesemua 29 kapsul kemudiannya dihantar kepada pakar kimia, SP3 untuk analisa. SP3 mengesahkan bahan serbuk di dalam 29 kapsul tersebut mengandungi methamphetamine. Pada akhir kes pihak pendakwaan, hakim perbicaraan yang bijaksana mendapati bahawa kes prima facie telah dibuat. Perayu oleh itu dipanggil untuk memasukkan pembelaannya. Pada peringkat pembelaan, perayu memilih untuk memberi keterangan dengan mengangkat sumpah. Pembelaannya adalah bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan bahawa kapsul-kapsul yang ditelannya mengandungi dadah berbahaya. Perayu menyatakan bahawa sebelum bertolak, dia menemui kawannya, Chibike, di bilik hotel di Lagos di mana dia minum dengan Chibike sebelum dia menjadi mabuk. Chibike meminta dia untuk menelan batu permata untuk dihantar kepada seseorang di Malaysia. Dia menelan banyak batu permata yang diberikan kepadanya oleh Chibike. Pada akhir perbicaraan, hakim perbicaraan yang bijaksana mendapati bahawa pembelaan tidak patut dipercayai. Hakim perbicaraan selanjutnya mendapati bahawa cerita perayu mengenai Chibike dan batu permata adalah sesuatu yang difikirkan kemudiannya dan rekaan terbaru. Hakim perbicaraan yang bijaksana mendapati bahawa pembelaan tidak membangkitkan kesangsian munasabah ke atas kes pihak pendakwaan dan gagal untuk mematahkan anggapan pengedaran atas imbangan kebarangkalian. Perayu disabitkan dan dijatuhkan hukuman mati, maka rayuan ini. Perayu berhujah: (a) bahawa kesemua pernyataan bertulis yang dimasukkan oleh pihak pendakwaan tidak boleh diterima dari segi undang-undang kerana ia tidak mematuhi secara ketat syarat-syarat dalam s 402B Kanun Tatacara Jenayah (‘KTJ’); (b) bahawa hakim perbicaraan yang bijaksana telah masuk dalam arena konflik apabila Yang Arif memeriksa balas C D E F G H I

選擇目標文字3

連接到段落
連接到實體
取消高亮顯示
新增到目錄