850 Malayan Law Journal [2011] 7 MLJ tangkapan polis. Di antara item-item yang dirampas daripada tertuduh apabila dia ditangkap adalah segugus kunci dan telefon bimbit Nokia model 3310. Gugusan kunci itu kemudian dikenalpasti oleh rakan si mati sebagai gugusan kunci yang sama telah diberikannya kepada si mati pada pagi 9 Mac 2006. Meskipun rakan si mati memberi keterangan bahawa si mati memiliki telefon bimbit Nokia, dia tidak ingat jenis modelnya. Ahli kimia kerajaan yang menjalankan analisis profil DNA ke atas semua spesimen DNA itu, yang dikumpul oleh ahli patologi daripada beberapa bahagian badan si mati, mengesahkan bahawa spesimen-spesimen DNA itu mengandungi campuran profil DNA daripada kedua-dua tertuduh dan si mati. Ahli kimia juga memberi keterangan bahawa dia mendapati padanan profil-profil DNA daripada profil campuran itu pada, antara lain, tali rafia, seterika elektrik dan sarung pisau. Analisis ahli kimia ke atas spesimen yang didapati oleh ahli patologi dari luaran vulva (‘bahagian kemaluan’) si mati sepadan dengan spesimen darah yang diperoleh daripada tertuduh. Tertuduh, yang memilih untuk membaca kenyataan tanpa sumpah dari kandang orang salah, mengatakan bahawa pada hari kejadian rakannya Roslan dan dia telah mendekati si mati, yang dikenali mereka sehari sebelum itu, untuk meminjam RM20 daripadanya. Menurut tertuduh apabila si mati enggan menurut permintaan mereka dan meninggikan suara, tertuduh menutup mulutnya dan menolaknya ke dalam rumah. Pada masa itu versinya bahawa si mati telah menggigit jarinya dan bahawa dia telah bertindak balas menolaknya lebih kuat sehingga dia mendapat serangan asma dan tidak sedar apa yang berlaku. Kemudian apabila dia sedar, dia mendakwa dia melihat si mati berdarah di kepala terbaring tanpa bergerak di atas tilam dan Roslan berdiri di sebelahnya. Tertuduh menafikan telah merogol si mati dan tidak terlibat langsung dengan pembunuhannya. Diputuskan, mensabitkan tertuduh dengan kesalahan merogol dan menjatuhkan hukuman 18 tahun penjara dan lima sebatan rotan dan mensabitkan tertuduh kerana kesalahan membunuh dan menjatuhkan hukuman gantung sehingga mati: (1) Kenyataan tidak bersumpah yang dibuat oleh tertuduh yang dibandingkan dengan keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwa, terutamanya keterangan ahli patologi yang menjalankan bedah siasat dan ahli kimia yang menjalankan profil DNA, tidak membentuk keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan. Ahli patologi telah memberi keterangan bahawa kecederaan kepala yang dialami oleh si mati adalah konsisten dengan kecederaan yang disebabkan oleh seterika elektrik. Seterika elektrik yang dijumpai dari tempat kejadian jenayah mempunyai kesan darah campuran padanya, yang mana berdasarkan analisis ahli kimia, didapati milik kedua-dua si mati dan tertuduh. Satu-satunya inferens munasabah yang boleh dibuat oleh mahkamah berdasarkan keadaan sedemikian adalah bahawa tertuduh telah A B C D E F G H I

選擇目標文字3

連接到段落
連接到實體
取消高亮顯示
新增到目錄