[2011] 7 MLJ A B C D E F G H I Public Prosecutor v Muhammad Rasid bin Hashim (Abang Iskandar J) 849 consent of the deceased. The accused had failed to create any reasonable doubt on the prosecution’s case (see paras 50–51 & 55–56). [Bahasa Malaysia summary Muhammad Rasid bin Hashim (‘tertuduh’) telah dituduh melakukan kesalahan merogol dan membunuh Siti Zawiah bt Sudin (‘si mati’) pada 9 Mac 2006. Si mati, yang tinggal selama lebih kurang seminggu dengan dua rakannya, berada di rumah seorang diri pada 9 Mac 2006 selepas dua orang rakannya telah pergi ke tempat kerja masing-masing di sebelah pagi. Salah seorang daripada rakannya (‘rakan si mati’) telah meninggalkan segugus kunci apartmen kepada si mati, dengan persetujuan yang si mati akan memulangkan gugusan kunci itu apabila mereka berjumpa petang itu di stesen bas Rawang, di mana si mati akan mengambil bas untuk pulang ke Kota Bharu. Walau bagaimanapun, si mati tidak muncul di stesen itu seperti dirancang dan rakannya yang kemudian balik ke rumah tidak dapat masuk ke apartmennya kerana dia tidak mempunyai set kuncinya. Rakan si mati hanya dapat memasuki apartmen itu hampir tengah malam apabila rakan serumah pulang dari kerja. Apabila kedua-dua rakan itu akhirnya masuk apartmen mereka dan berjaya membuka bilik berkunci itu mereka melihat si mati, memakai baju-T merah yang diangkat hingga ke dadanya dan kain sarung hingga pinggangnya, mengerang kesakitan di atas lantai bilik itu. Meskipun si mati dikejarkan ke hospital, dia meninggal dunia sejurus tiba di hospital. Satu autopsi telah dijalankan ke atas badan si mati mendedahkan bahawa si mati mengalami pelbagai kecederaan dan bahawa kedua-dua atau salah satu daripada dua kecederaan tersebut mungkin telah mengakibatkan kematiannya. Ahli patologi yang menjalankan post mortem itu berpendapat bahawa sama ada kecederaan kepala atau perbuatan mencekik itu yang mungkin telah mengakibatkan kematian si mati. Ahli patologi juga berpendapat bahawa kecederaan-kecederaan itu bukan disengajakan dan kemungkinan besar dialami apabila si mati bertindak pembela diri semasa melawan serangan ke atasnya. Ahli patologi mengambil bahan uji dari beberapa bahagian badan si mati (‘spesimen DNA’) untuk analisis DNA. Kes bagi pihak pendakwaan ditafsirkan berdasarkan pelbagai keterangan keadaan yang dikumpul daripada saksi-saksi relevan berkaitan kes ini. Meskipun tiada pisau ditemui daripada tempat kejadian jenayah oleh pasukan forensik polis CSI, beberapa item seperti sarung pisau berdarah, seterika elektrik yang patah pemegangnya dengan tompok hitam pada tali putihnya, yang mana menurut rakan si mati tiada di situ sebelum kejadian, dan tali rafia telah ditemui. Pengawal keselamatan tidak bertugas yang tinggal di blok flat sama dengan rakan-rakan si mati telah memberi keterangan bahawa lebih kurang 2.30 petang hari yang dipersoalkan dia melihat tertuduh, yang dia kenal rupanya, berdiri di tangga tingkat kedua blok itu dan bahawa dia juga melihat seorang wanita berbaju-T merah dan kain sarung batik di depan pintu apartmen itu, di tingkat yang sama. Pegawai polis yang menangkap tertuduh (‘pegawai tangkapan’) telah memberi keterangan bahawa tertuduh telah cuba melarikan diri daripada

選擇目標文字3

連接到段落
連接到實體
取消高亮顯示
新增到目錄