[2017] 6 MLJ
A
B
Letitia Bosman v Public Prosecutor
(Tengku Maimun JCA)
103
Prosecutor [1981] 1 MLJ 64 and Public Prosecutor v Lau Kee Hoo [1983]
1 MLJ 157. Fourthly, it was trite that the function of the court was to
apply the law and if at all the present law was disproportionate, cruel,
inhuman, or degrading the initiative to change should come from the
Legislature. Thus, the mandatory death sentence provided under s
39B(2) of the Act was not unconstitutional (see paras 41 & 44).
[Bahasa Malaysia summary
C
D
E
F
G
H
I
Perayu dituduh dengan kesalahan mengedar dadah berbahaya di bawah
s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (‘Akta’) boleh dihukum di bawah
s 39B(2) Akta yang sama. Kes pihak pendakwaan adalah bahawa, semasa
pemeriksaan oleh pegawai-pegawai kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa
Senai, pegawai-pegawai kastam menjumpai dadah di dalam beg troli berwarna
coklat (‘P13A’) mempunyai nama perayu. Dalam pembelaan, perayu berhujah
bahawa dia mencari destinasi untuk bulan madu semasa dia melancong ke
New Delhi. Perayu mendakwa bahawa P13A diberi oleh seorang lelaki Afrika
yang bernama George semasa dia di New Delhi. Perayu kemudiannya balik ke
Johor daripada New Delhi. Perayu menafikan apa-apa pengetahuan mengenai
dadah yag disembunyikan di dalam P13A. Pembelaannya adalah pembawa
tidak bersalah. Pada akhir perbicaraan, hakim perbicaraan menolak pembelaan
perayu dan mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya dalam
membuktikan kesnya terhadap perayu melampaui keraguan munasabah.
Perayu oleh itu disabitkan dan dijatuhkan hukuman mati. Tidak berpuas hati,
perayu memfailkan rayuan ini. Perayu berhujah bahawa: (a) tidak terdapat
dapatan oleh hakim perbicaraan yang bijaksana di akhir kes pendakwaan
terhadap sama ada beliau bergantung ke atas anggapan milikan di bawah
s 37(d) Akta atau anggapan pengedaran di bawah s 37(da) Akta sementara pada
akhir kes pembelaan, Yang Arif gagal untuk membuat dapatan terhadap
anggapan yang telah atau tidak dipatahkan atas imbangan kebarangkalian;
(b) telah gagal untuk menilai keterangan atas George dan walaupun notis
Alcontara diberikan, pihak pendakwaan gagal untuk menyiasat George; dan (c)
hukuman mati mandatori untuk pengedaran dadah berbahaya diperuntukkan
oleh s 39B(2) Akta adalah tidak berperlembagaan kerana ia mencabuli perkara
5(1) dan 8 Perlembagaan Persekutuan dan ia adalah sewenang-wenang, tidak
seimbang dan gagal untuk mengambil kira keadaan peringanan individu
perayu. Berkenaan hujahan ini, perayu bergantung ke atas keputusan Privy
Council dalam kes Reyes v The Queen [2002] UKPC 11 (‘kes Reyes’).
Diputuskan, menolak rayuan dan mengesahkan sabitan dan hukuman
Mahkamah Tinggi:
(1) Hakim perbicaraan yang bijaksana tidak salah arah dirinya dalam
mengendalikan anggapan di bawah Akta. Pada akhir kes pendakwaan,
hakim perbicaraan yang bijaksana membuat dapatan milikan mens rea
dan pengedaran dadah di bawah s 37(da) Akta. Pendekatan ini tidak
選擇目標文字3
連接到段落
連接到實體
取消高亮顯示
新增到目錄