[2016] 2 MLJ
Abuchi Ngwoke v Public Prosecutor
(Kamardin Hashim JCA)
625
A
Lordship did not view the evidence from these angles. It was doubtful
that the appellant had the conscious knowledge that he was in mens rea
possession of the impugned drugs in question when he was admitted to
the hospital (see paras 32–33).
B
[Bahasa Malaysia summary
Perayu dituduh untuk kesalahan mengedar dadah berbahaya di bawah s
39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (‘ADB’) boleh dihukum di bawah s
39B(2) ADB. Kes pihak pendakwaan adalah bahawa pada 22 Mei 2012 lebih
kurang pada pukul 1 tengahari, pemandu teksi (‘SP4’) membawa perayu
daripada KLIA Sepang ke Melaka. Perayu hendak membayar tambang teksi
dalam matawang Nigeria tetapi ditolak oleh SP4 dan pertengkaran berlaku di
antara mereka di mana polis dipanggil oleh SP4. SP4 dan perayu dibawa ke
balai polis dan di situ, mereka dapat menyelesaikan pertikaian tersebut. Pada
23 Mei 2012 lebih kurang pukul 12 pagi, semasa dalam rondaan halangan
jenayahnya, SP6 bersama dengan dua pegawai polis yang lain pergi ke Batik
Selat House, MITC dan menangkap perayu kerana memecah masuk ke dalam
premis tersebut. Perayu menjadi lebih agresif apabila melihat polis dan dia
minum sebotol pewarna. Perayu kemudianya dibawa ke Hospital Melaka
(‘hospital’) di mana dia mengumuhkan 29 kapsul. Kesemua 29 kapsul
kemudiannya dihantar kepada pakar kimia, SP3 untuk analisa. SP3
mengesahkan bahan serbuk di dalam 29 kapsul tersebut mengandungi
methamphetamine. Pada akhir kes pihak pendakwaan, hakim perbicaraan
yang bijaksana mendapati bahawa kes prima facie telah dibuat. Perayu oleh itu
dipanggil untuk memasukkan pembelaannya. Pada peringkat pembelaan,
perayu memilih untuk memberi keterangan dengan mengangkat sumpah.
Pembelaannya adalah bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan bahawa
kapsul-kapsul yang ditelannya mengandungi dadah berbahaya. Perayu
menyatakan bahawa sebelum bertolak, dia menemui kawannya, Chibike, di
bilik hotel di Lagos di mana dia minum dengan Chibike sebelum dia menjadi
mabuk. Chibike meminta dia untuk menelan batu permata untuk dihantar
kepada seseorang di Malaysia. Dia menelan banyak batu permata yang
diberikan kepadanya oleh Chibike. Pada akhir perbicaraan, hakim perbicaraan
yang bijaksana mendapati bahawa pembelaan tidak patut dipercayai. Hakim
perbicaraan selanjutnya mendapati bahawa cerita perayu mengenai Chibike
dan batu permata adalah sesuatu yang difikirkan kemudiannya dan rekaan
terbaru. Hakim perbicaraan yang bijaksana mendapati bahawa pembelaan
tidak membangkitkan kesangsian munasabah ke atas kes pihak pendakwaan
dan gagal untuk mematahkan anggapan pengedaran atas imbangan
kebarangkalian. Perayu disabitkan dan dijatuhkan hukuman mati, maka
rayuan ini. Perayu berhujah: (a) bahawa kesemua pernyataan bertulis yang
dimasukkan oleh pihak pendakwaan tidak boleh diterima dari segi
undang-undang kerana ia tidak mematuhi secara ketat syarat-syarat dalam
s 402B Kanun Tatacara Jenayah (‘KTJ’); (b) bahawa hakim perbicaraan yang
bijaksana telah masuk dalam arena konflik apabila Yang Arif memeriksa balas
C
D
E
F
G
H
I
選擇目標文字3
連接到段落
連接到實體
取消高亮顯示
新增到目錄