104
Malayan Law Journal
[2017] 6 MLJ
salah di sisi undang-undang. Kegagalan hakim perbicaraan yang
bijaksana untuk membuat dapatan atas sama ada atau tidak anggapan
pengedaran telah dipatahkan oleh perayu atas imbangan kebarangkalian,
dalam keadaan kes, mengakibatkan tiada ketidakadilan kepada perayu
dan tidak merosakkan sabitan tersebut. Kes pengedaran dadah telah
dibuat oleh pihak pendakwaan di bawah s 2 Akta berdasarkan atas
keterangan bahawa perayu menjalankan, menyimpan dan mengangkut
dadah tersebut daripada New Delhi ke Johor (lihat perenggan 29 & 31).
(2) Ia menentang akal dan logik bahawa perayu tidak mengingati nama
George apabila dia memberi pernyataan beramaran baru sahaja
seminggu selepas berjumpa dengannya. Tetapi apabila perayu memberi
keterangannya lebih setahun kemudiannya, dia teringat dan secara
spesifik menyebut nama George. Ini adalah sesuatu yang difikirkan
kemudian dan watak George adalah rekaan. Dalam keadaan, kegagalan
untuk menyiasat George tidak dapat secara bertentangan menjejaskan
kes pihak pendakwaan. Selanjutnya, versi perayu mengenai tujuan
perjalanannya adalah sememangnya sukar diterima akal kerana perayu
tidak menyebut di dalam keterangannya mengenai tempat-tempat yang
dilawatinya di New Delhi dan mengenal pasti destinasi bulan madu.
Mahkamah selanjutnya mendapati bahawa tidak terdapat kesilapan
undang-undang atau fakta dalam penolakan hakim perbicaraan yang
bijaksana terhadap pembelaan pembawa tidak bersalah (lihat perenggan
35–37).
(3) Pertamanya, berdasarkan kes Reyes, Perlembagaan Belize mengandungi
s 7 yang mana dibaca: ‘No person shall be subjected to torture or to
inhuman or degrading punishment or other treatment’. Tidak terdapat
peruntukan yang sama di dalam Perlembagaan Persekutuan. Keduanya,
selepas pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan, melalui Akta A566,
yang mana memansuhkan peruntukan-peruntukan berkenaan
rayuan-rayuan daripada Mahkamah Persekutuan kepada Privy Council
dengan berkuat kuasa dari 1 Januari 1985, apa-apa keputusan Privy
Council tidak akan mengikat ke atas mahkamah tetapi hanya menjadi
autoriti berpengaruh. Ketiganya, untuk mahkamah mengikut trend
antarabangsa semasa dan memutuskan bahawa hukuman mati
mandatori adalah menjatuhkan maruah dan tidak berperlembagaan akan
mengakibatkan mahkamah menyimpang daripada keputusan dalam kes
Ong Ah Chuan v Public Prosecutor [1981] 1 MLJ 64 dan Public Prosecutor
v Lau Kee Hoo [1983] 1 MLJ 157. Keempat, ia adalah nyata bahawa
fungsi mahkamah adalah untuk mengguna pakai undang-undang dan
jika sesungguhnya undang-undang sekarang adalah tidak seimbang,
kejam, tidak berperikemanusian atau menjatuhkan maruah inisiatif
untuk bertukar patut datang daripada Perundangan. Oleh itu, hukuman
mati mandatori diperuntukkan di bawah s 39B(2) Akta adalah
berperlembagaan (lihat perenggan 41 & 44).]
A
B
C
D
E
F
G
H
I
選擇目標文字3
連接到段落
連接到實體
取消高亮顯示
新增到目錄