[2017] 6 MLJ A B Letitia Bosman v Public Prosecutor (Tengku Maimun JCA) 103 Prosecutor [1981] 1 MLJ 64 and Public Prosecutor v Lau Kee Hoo [1983] 1 MLJ 157. Fourthly, it was trite that the function of the court was to apply the law and if at all the present law was disproportionate, cruel, inhuman, or degrading the initiative to change should come from the Legislature. Thus, the mandatory death sentence provided under s 39B(2) of the Act was not unconstitutional (see paras 41 & 44). [Bahasa Malaysia summary C D E F G H I Perayu dituduh dengan kesalahan mengedar dadah berbahaya di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (‘Akta’) boleh dihukum di bawah s 39B(2) Akta yang sama. Kes pihak pendakwaan adalah bahawa, semasa pemeriksaan oleh pegawai-pegawai kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, pegawai-pegawai kastam menjumpai dadah di dalam beg troli berwarna coklat (‘P13A’) mempunyai nama perayu. Dalam pembelaan, perayu berhujah bahawa dia mencari destinasi untuk bulan madu semasa dia melancong ke New Delhi. Perayu mendakwa bahawa P13A diberi oleh seorang lelaki Afrika yang bernama George semasa dia di New Delhi. Perayu kemudiannya balik ke Johor daripada New Delhi. Perayu menafikan apa-apa pengetahuan mengenai dadah yag disembunyikan di dalam P13A. Pembelaannya adalah pembawa tidak bersalah. Pada akhir perbicaraan, hakim perbicaraan menolak pembelaan perayu dan mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya dalam membuktikan kesnya terhadap perayu melampaui keraguan munasabah. Perayu oleh itu disabitkan dan dijatuhkan hukuman mati. Tidak berpuas hati, perayu memfailkan rayuan ini. Perayu berhujah bahawa: (a) tidak terdapat dapatan oleh hakim perbicaraan yang bijaksana di akhir kes pendakwaan terhadap sama ada beliau bergantung ke atas anggapan milikan di bawah s 37(d) Akta atau anggapan pengedaran di bawah s 37(da) Akta sementara pada akhir kes pembelaan, Yang Arif gagal untuk membuat dapatan terhadap anggapan yang telah atau tidak dipatahkan atas imbangan kebarangkalian; (b) telah gagal untuk menilai keterangan atas George dan walaupun notis Alcontara diberikan, pihak pendakwaan gagal untuk menyiasat George; dan (c) hukuman mati mandatori untuk pengedaran dadah berbahaya diperuntukkan oleh s 39B(2) Akta adalah tidak berperlembagaan kerana ia mencabuli perkara 5(1) dan 8 Perlembagaan Persekutuan dan ia adalah sewenang-wenang, tidak seimbang dan gagal untuk mengambil kira keadaan peringanan individu perayu. Berkenaan hujahan ini, perayu bergantung ke atas keputusan Privy Council dalam kes Reyes v The Queen [2002] UKPC 11 (‘kes Reyes’). Diputuskan, menolak rayuan dan mengesahkan sabitan dan hukuman Mahkamah Tinggi: (1) Hakim perbicaraan yang bijaksana tidak salah arah dirinya dalam mengendalikan anggapan di bawah Akta. Pada akhir kes pendakwaan, hakim perbicaraan yang bijaksana membuat dapatan milikan mens rea dan pengedaran dadah di bawah s 37(da) Akta. Pendekatan ini tidak

選擇目標文字3

連接到段落
連接到實體
取消高亮顯示
新增到目錄