428
Malayan Law Journal
[2010] 4 MLJ
in the house at the time when the murder was committed, he had
misdirected himself on the facts and upon the law when he held that a
lesser offence was instead committed. This warranted appellate
intervention and the Court of Appeal had shown justification for the
appellate intervention (see paras 62, 65, 67–69).
[Bahasa Malaysia summary
Pada malam 11 November 2003, apabila si mati menyiasat
penceroboh-penceroboh dalam bilik anak perempuan keduanya dia telah
diserang oleh salah seorang daripada dua penyerang yang membawa parang.
Isteri si mati yang mengunci dirinya dalam bilik tidur mereka telah menjerit
minta pertolongan dari tingkap bilik tidur mereka. Dia hanya membuka
pintu selepas sepuluh minit kemudian apabila dia mendengar anak
perempuan ketiganya, yang tidur dalam biliknya sendiri, memanggilnya.
Isteri si mati dan anak perempuan ketiganya kemudian lari turun tangga dan
melihat si mati terlantar atas lantai yang berlumuran darah. Ahli patologi
yang melakukan post-mortem ke atas si mati memberi keterangan bahawa
kematian adalah disebabkan pelbagai kecederaan di kepala dan leher.
Menurut ahli patologi kecederaan itu disebabkan oleh senjata berbilah
panjang dan bermata tajam, yang pada pendapatnya adalah parang. Pada 12
November 2003, polis menjumpai parang dengan kesan darah di birai
tingkap dalam bilik anak perempuan keduanya dan kesan darah pada parang
itu sepadan dengan darah si mati. Anak perempuan kedua si mati tidak
berada dalam biliknya pada masa tersebut, tetapi telah mencuri keluar rumah
untuk berjumpa dengan beberapa orang kawan di kedai kopi berdekatan.
Terdapat keterangan yang tidak dapat dipertikaikan bahawa Low Kian Boon
(‘perayu pertama’) dan Tan Pei Yan (‘perayu kedua’), anak keempat si mati,
berada dalam kawasan rumah si mati di antara pukul 12.10 pagi dan 12.30
pagi pada 12 November 2003, kerana perayu pertama telah dilihat oleh saksi
pendakwaan yang sedang dalam perjalanan ke rumah si mati untuk berjumpa
dengan anak-anak perempuan si mati; dan perayu-perayu pertama dan kedua
kemudian telah diambil dari stesen Shell kira-kira 1000 meter dari rumah si
mati oleh sekumpulan kawan dalam kereta mereka. Apabila perayu-perayu
diambil dari stesen petrol itu mereka memakai pakaian yang mempunyai
kesan darah dan perayu kedua berada dalam keadaan terkejut. Apabila
kawan-kawan dalam kereta itu bertanya apa yang telah berlaku perayu kedua
telah menjawab bahawa dia dan perayu pertama telah membunuh seseorang
tetapi mereka tiada niat untuk menyebabkan kematian. Terdapat juga
keterangan mengenal pasti perayu-perayu yang merupakan dua orang yang
membeli parang itu, yang merupakan senjata pembunuhan. Berdasarkan
keterangan ini, yang terutamanya mengikut keadaan, perayu-perayu telah
dituduh melakukan pembunuhan si mati, satu kesalahan di bawah s 302
Kanun Keseksaan (‘Kanun’). Pembelaan perayu-perayu merupakan satu
penafian. Perayu pertama telah memberi keterangan bahawa pembelian
parang itu dan rancangan untuk membantu anak-anak perempuan si mati
A
B
C
D
E
F
G
H
I
選擇目標文字3
連接到段落
連接到實體
取消高亮顯示
新增到目錄