[2010] 4 MLJ A B C D E F G H I Low Kian Boon & Anor v Public Prosecutor (Heliliah FCJ) 429 dengan membunuh si mati telah dirancang oleh ‘Ivan’ yang merupakan seorang gengster dan orang utama dalam pembunuhan itu. Keterangan perayu kedua digambarkan sebagai ‘carbon copy’ perayu pertama berkaitan Ivan. Hakim perbicaraan memutuskan bahawa perayu-perayu tiada niat untuk membunuh si mati dan oleh itu mereka tidak boleh dipersalahkan kerana membunuh di bawah s 302 Kanun. Sebaliknya beliau mendapati mereka bersalah hanya atas kesalahan yang lebih ringan iaitu homisid salah yang tidak menjumlahkan kepada pembunuhan di bawah cabang kedua s 304 Kanun dan menghukum mereka dengan penjara bagi tempoh sepuluh tahun bermula dari tarikh tangkapan mereka. Sementara perayu-perayu merayu terhadap tempoh hukuman penjara itu, pihak pendakwaan merayu terhadap sabitan dan hukuman kerana pertuduhan yang pada asalnya dibuat terhadap kedua-dua perayu telah dibuat menurut s 302 Kanun. Mahkamah Rayuan mendapati bahawa dengan mengambilkira elemen perancangan terlebih dahulu, sifat senjata yang digunakan, sifat kecederaan yang diakibatkan ke atas si mati, termasuklah serangan ganas, dan semua keadaan sekeliling lain maka kesimpulan yang tidak dapat dibendung adalah bahawa kedua-dua perayu berniat untuk membunuh si mati. Mahkamah Rayuan oleh itu mengakas keputusan Mahkamah Tinggi dan mengenakan semula sabitan menurut s 302 Kanun, yang merupakan pertuduhan asal, dan justeru itu rayuan ini. Perayu-perayu berhujah bahawa terdapat ‘lompang’ dalam pendakwaan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan bahawa pihak pendakwaan sememangnya telah gagal untuk membuktikan actus reus berkaitan perayu-perayu. Perayu-perayu selanjutnya berhujah bahawa terdapat pertikaian dalam keterangan saksi-saksi pendakwaan. Isu-isu yang perlu ditangani dalam rayuan ini adalah sama ada hakim Mahkamah Tinggi telah khilaf dalam penilaian beliau tentang keterangan mengikut keadaan berbanding dengan pembelaan yang ditimbulkan oleh perayu-perayu; sama ada terdapat kecacatan material dalam kes bagi pihak pendakwaan yang timbul daripada keterangan yang dipersoalkan, seperti pakaian kemeja-T yang dirampas dari rumah pangsa perayu pertama dan parang dari rumah si mati; dan daripada kelemahan dalam pelaksanaan barisan pengecaman dan dalam kegagalan yang dikatakan untuk memanggil saksi-saksi; dan sama ada hakim Mahkamah Tinggi telah dengan wajar mengutarakan isu niat bersama. Diputuskan, menolak rayuan: (1) Apabila kebolehpercayaan saksi-saksi dinilai, fungsi mahkamah rayuan terbatas dari segi sifat dan skop. Keputusan Mahkamah Tinggi sebagaimana disahkan oleh Mahkamah Rayuan pada mulanya dapat dicapai atas penerimaan keterangan beberapa saksi-saksi pendakwaan. Dalam rayuan ini, di mana sabitan telah dikekalkan berdasarkan keterangan mengikut keadaan, hakim perbicaraan telah memberikan pendapat beliau tentang saksi-saksi yang beliau telah lihat dan jika mahkamah rayuan berhasrat untuk mengakasnya, ia hendaklah

選擇目標文字3

連接到段落
連接到實體
取消高亮顯示
新增到目錄